Wednesday, 22 November 2017

Sahabat Dunia Akhirat


KAMUS ANTARA KAWAN, SAHABATKU DUNIA DAN AKHIRAT.


Kenangan kita bersama sebelum keluar shopping.

"Jom ambil gambar" 

Dah jadi satu tabiat kita orang nak ambil gambar bersama sebagai kenangan.

Kalau ditanya Som, bagaimana persahabatan antara kami boleh terjalin. Bila diingat semula kenangan antara kami memang menyeronokkan dan tak dapat dilupakan. 

Kenangan ini akan som pahat jauh ke dalam lubuk hati Som.

Kisah kita bersama.

Kadang kala adanya detik gembira.
Kadang kala adanya detik menyedihkan.
Kadang kala adanya detik marah.
Kadang kala adanya masa menyendiri.
Kadang kala adnya menyakitkan hati.

Kawan. Apa itu erti kawan?

Kawan, kau telah ajar som erti persahabatan sebenar. 
Kawan, kau telah bimbing Som ke arah yang lurus.
Kawan, kau telah keluar Som dari gua yang gelap.
Kawan, kau telah buka mata Som untuk kenal dunia sebenar.
Kawan, kau banyak ajar som ilmu dunia dan akhirat.

Apa lagi yang harus Som katakan disini. Som senang dengan kehadiran kamu semua. Walaupon perangai kita berbeza. 

  1. Happy go lucky. 
  2. Gila-gila
  3. Ala-ala ustazah (sentiasa berceramah )
  4. Pendiam
Tapi inilah sejarah dan kenangan kita bersama.

Bermulalah kisah kita. 

" Hai! saya Junaidah"

Dari situ kami mula berkenalan dan pertama kalinya kami berjumpa. Dimana? Ya, di sebuah tadika Swasta tempat kami menabur bakti untuk anak bangsa. Kami bergading bahu menjalankan tanggungjawab bersama. Setiap tugasan atau masalah kami akan bawa berbincang bersama dan cari jalan penyelesaian. 

Semuanya kekawan Som datang dari negeri yang berlainan. Best kan! dapat kawan dari pelbagai pelusuk negeri. Indahnya takdir hidupku. Dapatlah Som belajar bahasa dari negeri diorang. Best sangat wehhh. Dapat ilmu baru.

Tipulah kalau antara kita orang tiada masalah. keh.keh.keh. Sedangkan gigi dan lidah lagikan  tergigit, inikan manusia biasa macam kita ni.Tapi semua tu tak lama. Klu gaduh pon tak ambil masa yang lama. Hihihi.

Som ingat lagi. Waktu malam, ada kawan lapar. Kita orang sanggup keluar untuk makan bersama walaupon Som ni diet. Hihihi. Diet la sangat. Habis nasi goreng tomyam seafood Som pulun sorang.

Setelah 6 tahun kita makan bersama, mandi sebumbung bilik berlainan. Kini semuanya telah berubah, semuanya terpaksa ikut haluan hidup masing-masing. Masing-masing terpaksa ikut suami. 

Jadi hubungan kami hanya berhubung melalui online aje. Tapi Ingat janji kita bersama dulu.

PERJUMPAAN SEMULA GENG TADIKA.

Idea sudah ada. Insahaallah pasti suatu masa nanti pasti ada kesempatan antara kita untuk berjumpa. Bolehlah kita makan-makan bersama nanti. Makan lagi som ni. Hahaha.

Kawan. Jika kau baca penulisan ku ini. Hanya satu yang kuharapkan buatmu.

Doa ku buatmu teman dunia akhirat. Semoga kalian akan bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.





































No comments:

Post a Comment