Cara Merawat Batu Karang.....
PENGENALAN:
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'.
Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Batu Karang
Dr Warren Lo Hwa Loon juga turut menerangkan bahawa biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak. Selain itu, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.
Faktor risiko
Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
- Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
- Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
- Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
- Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
- Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
- Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
- Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
- Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
Apakah Simptom-Simptom Penyakit Batu Karang?
Antara gejala Batu Karang ialah :
- Rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang.
- Sakit berlanjutan 20 hingga 60 minit (sakit tersebut datang dan pergi).
- Ada kesan darah di dalam air kencing.
- Berasa sakit atau panas ketika kencing.
- Ada butiran halus di dalam air kencing.
- Demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
- Kencing kotor.
Tips Mencegah Batu Karang
- Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
- Amalkan pemakanan sihat dan tidak berlebihan.
- Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari iaitu 3 liter atau sekurang-kurangnya 1 liter untuk setiap 25kg berat badan anda.
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi protein haiwan serta pengambilan garam dalam masakan.
- Pastikan anda makan dos vitamin mengikut aturan yang ditetapkan terutamanya Vitamin C dan D.
Apakah Cara Rawatan Untuk Penyakit Batu Karang?
- Sekiranya anda mempunyai simptom atau gejala batu karang, segeralah berjumpa doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan. Bagi pesakit yang mempunyai batu karang kecil, anda akan digalakkan untuk meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan.
- Doktor juga akan memberikan anda ubat yang membantu merapuh serta meleburkan batu karang. Batu karang tersebut akan keluar melalui air kencing.
- Selain itu, ada juga ubat untuk membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.
Vitamin Shaklee untuk masalah Penyakit Batu Karang
Shaklee mempunyai Set Batu Karang untuk membantu anda sebagai salah satu ikhtiar untuk Penyakit Batu Karang.
B-Complex
- B-Complex membantu mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang.
- Menampung vitamin B6 yang berkurangan.
Vitamin C Sustained Released
- Vitamin C membantu menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid.
- Turut membantu penyembuhan luka dalaman.
Alfalfa
- Membantu mengurangkan inflamasi dan infeksi (jangkitan).
Ostematrix
- Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan oksalat (garam).
- Turut mencegah pembentukan batu karang.
Lecithin ( boleh juga diganti dengan Omega kerana Omega berkesan memecahkan lemak tepu).
- Lecithin Shaklee bertindak mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan seta menghalangnya daripada diserap oleh perut.
Jika anda tidak suka terlalu banyak suplement yang banyak perlu dimakan dan jenis tablet.
Anda mempunyai bajet yang lebih, boleh mencuba suplement jenis air dan senang untuk diamalkan. Jadi saya cadangkan anda memilih TONIK AJAIB Shaklee yang membantu untuk pelbagai jenis penyakit iaitu Vivix.
Testimoni yang berjaya.
BERIKHTIAR DENGAN SHAKLEE, JANGAN LUPA BERDOA
Allah juga yang Maha Menyembuhkan..
######################################################################
BAGAIMANA NAK DAPATKAN SUPLEMENT TERBAIK NI...
Hubu Angi atau Whatsapp 0176607841 som
Facebook: kalsom ali
Email: kalsom1989@gmail.com




No comments:
Post a Comment